Sunday, January 27, 2013

bintang kena sailang.


Aktiviti harian. Dongak. Lihat langit. Langit malam hari ini,disini banyak bintang, dan seperti biasa selepas hujan, langit lengang tidak berawan tebal. Awan ringan bergerak pantas. Dan aku sedar sesuatu yang menarik hari ini. Aku lihat banyak bintang, satu, dua, tiga, lapan dan habis jari aku kira. Dan ada juga kerlipan-kerlipan bergerak ke sana ke mari . Dan seperti biasa aku ingat itu satelite , mungkin kerana cahaya dia terang (orang kata yang berkerlip itu satelite). 

Kemudian aku tengok lagi “eh bergerak”. Aku tenung dan dongak sampai-sampai mahu terkehel urat leher. “eh kapal terbanglah” (sebab berkerlip-kerlip dan bergerak-gerak). Aku tunduk semula membetulkan tengkuk kejang. Tetapi tidak mungkin itu kapal terbang. “Ada lima, kalau langgar? Eh apa aku fikir?” Dek perasaan tidak puas hati. Aku pergi cari sudut pandangan lain. Kejap kejap aku bersila mendongak, kejap kejap aku baring terdampar. Melihat langit. “eh! Bukan satelite! Bukan juga kapal terbang”. Bukan satelite yang bersinar-sinar atau kapal terbang yang bergerak-gerak. Serious tidak tipu. Eh!!!!!!! Itu BINTANG. Ya aku pasti itu bintang. 

Lepas itu aku sengih sendiri, kerana perangai pelik diri. Tahu kenapa? Kerana bintang itu sama dari dulu tetap disitu,sama. Cuma dek putaran bumi, dek awan lalu-lalang, dek angin ribut kencang, dek satelite sinar-sinar. Aku jadi tidak nampak itu bintang. Buta. Dan hari ini awan ringan sangat, lalu ia bergerak pantas, pabila aku tenung dalam-dalam, bulat-bulat. Ya! Awan yang bergerak, berselerak, buatkan bintang kelihatan bergerak seperti kapal terbang.walhal Bintang itu sentiasa sama dan sentiasa disitu cuma dikaburi lalu-lalang , dan sailang-sailang yang cuba menghalang.


P/s ~ sakit tengkuk dek perubahan posisi hidup, dek perubahan larasan mata.Celet Yoko-yoko Jap. 
Pp/s ~posisi hidup dan larasan mata buatkan aku senang nampak yang lain,yang juga kabur macam Bintang.yang aku tidak nampak tiga tahun sudah.haha hidup kelakar.

No comments:

Post a Comment

Demo nok komen ko? Sorry,kepa kawe tokleh gendong.